#Kajang, 15 Dis - Rumah anak kepada Timbalan Perdana Menteri dipercayai mengalami kerugian kira-kira RM25,000 setelah rumahnya di Country Height, Kajang dipecah masuk pada awal pagi tadi, lapor TheRakyatPost.
-------
#Rumah Datuk Nurulhidayah dipercayai dipecah masuk kira-kira jam 10 pagi tadi. Difahamkan, suami kepada Nurulhidayah turut berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian.
-------
#Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah.
--------
#Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Abdul Ghani berkata hasil siasatan mendapati sekurang-kurangnya dua perompak terlibat di dalam kes tersebut.
#Memetik laporan dari Orientaldaily, Abdul Ghani turut berkata perompak itu melarikan diri dari tempat kejadian tanpa mengganggu isi rumah.
#Kejadian disedari oleh suami Nurulhidayah sebelum melaporkannya kepada polis pada 11 pagi tadi.
#Kejadian ini adalah kali kedua selepas April tahun lalu.

