PANAS! Kisah Seorang Anak Dara Cun Memilih Duda Sebagai Suami!



#SEJAK dahulu lagi pandangan klise terhadap ibu tiri tidak banyak berubah, bengis, zalim, jahat, dengki, busuk hati dan sebagainya...
Apabila bercakap mengenai ibu tiri, persepsi itulah yang akan tergambar di minda... Sukar sekali orang akan menggambarkan seorang ibu tiri yang baik, lemah-lembut, melayan anak tirinya dengan baik dan tidak berpura-pura baik di depan suami walhal di belakang dialah wanita yang paling ditakuti oleh anak-anak tiri...

#Namun, itu mungkin gambaran ibu tiri 40 atau 50 tahun dahulu... Lihat sahaja kekejaman ibu tiri dalam filem Bawang Putih Bawang Merah... Bawang Merah, si anak tiri diperlakukan dengan begitu kejam oleh ibu tirinya... Malah dalam teledrama Wadi yang disiarkan setiap Jumaat di saluran TV swasta baru-baru ini juga menggambarkan betapa kejamnya si ibu tiri bagaikan orang yang tidak siuman...

#Pun demikian, pasti ramai yang bersetuju bahawa bukan semua ibu tiri jahat... Masih ada insan bergelar ibu tiri yang baik seperti ibu kandung... Malah ada ibu tiri yang lebih baik dan lembut daripada ibu kandung yang sesetengahnya sangat garang kepada anak-anak...
Sudah ditakdirkan Farah Syuhada Mohd... Raffi, 27, bertemu jodoh dengan seorang duda anak satu...

#Menerima takdir ini dengan hati terbuka, dia bukan sahaja menerima suaminya, Iskandar Zulkarnain Rosman, 38, tetapi turut menyedari bahawa akan menjadi seorang ibu tiri kepada anak perempuan yang kini berusia 16 tahun...

#Bagi Farah Syuhada atau Asyu, dia tiada masalah mempunyai anak tiri, bahkan umur mereka pun tidak terlalu jauh berbeza...

#Semasa berkahwin, Asyu berumur 23 tahun dan anak tirinya, Masfarhana Nabilah, 13 tahun...
Asyu bukan sahaja menganggap anak tirinya sebagai anak tetapi juga sebagai adik dan kawan...

#Memanglah awalnya bukan mudah hendak memikat hati seorang anak yang sedang meningkat remaja, namun kesabaran merupakan kunci utama kepada Asyu dalam usaha merapatkan hubungan dengan anak tirinya itu...

#Buat masa ini anak tirinya tidak tinggal bersama kerana dia tinggal bersama ibunya, namun dua minggu sekali mereka akan berjumpa... Biasanya mereka akan keluar sekeluarga pergi makan, menonton wayang atau membeli-belah...

“Sebenarnya tidak susah menjadi ibu tiri asalkan seseorang itu reda dengan takdir jodohnya... Anggap anak tiri sebagai anak kandung kerana dia adalah anak kepada suami kita... Jangan hanya sayang kepada suami tetapi membenci anak tiri...
“Buang jauh perasaan dengki dan benci kepada anak tiri... Dia tidak bersalah... Kalau pada awalnya dia tidak dapat menerima ibu tirinya, beri masa... Mungkin sukar baginya menerima orang baharu dalam hidup bapanya... Dia juga mungkin takut akan kehilangan bapanya yang akan beralih kasih daripadanya kepada isteri baharu bapanya...

“Saya akui awalnya sukar hendak mengambil hatinya tetapi saya tetap melayannya dengan baik... Lama-kelamaan saya lihat dia sudah mula boleh menerima saya dan saya minta dia memanggil saya mummy...

“Saya rasa kelebihan saya ialah menjadi ibu tiri yang muda dan dapat menyelami perasaan remaja sepertinya... Saya sering mengingatkan diri saya bagaimana jika saya berada di tempatnya... Saya selalu ajak dia berbual, bertanya masalah dan hal-hal sekolah... Ada masanya dia protes juga tetapi saya akan menasihatkannya...

“Setelah saya dikurniakan anak, dia semakin rapat dengan saya kerana dia seronok mendapat adik... Dia sayang sangat pada adiknya dan setiap kali berjumpa, dialah yang akan melayan adiknya yang juga sangat rapat dengannya...

#“Seperti remaja lain, dia juga suka berfesyen... Kami selalu berbincang mengenai fesyen, saya ajar dia fesyen yang sesuai, pakai kasut tinggi dan sebagainya... Dengan kata lain saya jadi konsultan kecantikan dia... Katanya, dia ingin menjadi model seperti saya kerana sentiasa cantik dan dapat pakai baju cantik,” kata ibu kepada seorang anak perempuan, Puteri Rania Batrisyia, satu tahun ini... - Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB
Bapa ajar jaga penampilan

Berasal dari Kuala Lumpur, Asyu yang berkelulusan Diploma MultiMedia dari Universiti Sains dan Pengurusan (MMU) ini berdarah Pakistan sebelah bapa dan Jawa Bugis di sebelah ibunya...

Dia berkata, datuknya bernama Yusoff Khan berasal dari Rawalpindi, Pakistan dan berhijrah ke Malaysia berpuluh tahun dahulu seterusnya membuka Sekolah Memandu Yusoff di Kampung Baru, Kuala Lumpur... Bapanya kemudian meneruskan legasi sekolah memandu itu yang kini terletak di Setapak...
Bagaimanapun, oleh kerana mahu mudah menjalankan urusan perniagaan di negara ini, kata Asyu, datuknya telah membuang nama Khan di belakang...
“Jika nama Khan tersebut tidak dibuang sudah tentu nama saya juga ditambah dengan Khan di belakang,” kata anak sulung daripada empat beradik ini...
Menjadi model sepenuh masa sejak tujuh tahun lalu selepas berhenti kerja sebagai konsultan kewangan di Unit Trust, Public Mutual, dia amat mengambil berat akan penjagaan badan...

Banyak petua ibunya yang diikut seperti tidak minum ais, tidak minum air berkarbonat dan tidak minum minuman berkafein kerana katanya, kafein membuatkan seseorang itu nampak cepat tua dan mengurangkan kolagen dalam badan...
“Dengan kata lain, saya memang obses tentang kecantikan kerana sejak kecil sudah diajar untuk sentiasa cantik... Saya suka sangat tengok orang cantik, tidak cemburu tetapi kagum...

“Mungkin orang tidak percaya, sejak kanak-kanak lagi bapa saya yang banyak mengajar menjaga penampilan dan nampak cantik... Ibu saya biasa sahaja tetapi bapa yang sangat-sangat menjaga saya...

“Bapa mengajar saya memakai kasut tinggi daripada umur saya 12 tahun lagi kerana mahu bentuk badan saya menarik dan cantik apabila berjalan...
“Kata bapa, apabila pakai kasut tumit tinggi jalan lebih teratur dan tidak kengkang... Jadi sejak kecil saya sudah terbiasa memakai kasut tumit tinggi, mekap dan bergaya cantik...

“Dialah yang akan membelikan kasut tinggi dan pakaian yang cantik-cantik untuk kami adik beradik... Kalau saya hendak membeli baju dan sebagainya, saya akan bertanya kepada bapa bukannya pada emak...
“Dia juga yang akan menyarankan kepada saya losen, bedak, pencuci muka dan sebagainya yang sesuai dengan saya... Bila tengok saya sekarang, dia rasa bangga sangat...” katanya...

Buka bisnes jubah lelaki
...Menyedari tidak selama-lamanya akan menjadi model dan memperaga fesyen, Asyu turut mempunyai perancangan untuk membuka bisnes fesyen sendiri...
Buat permulaan dia dan suami akan membuat jubah lelaki dan kurta moden...

Katanya, mereka memilih jubah lelaki kerana suaminya sendiri menyukai fesyen jubah dan telah menyimpan beberapa rekaan jubah...
Apabila bisnes ini bermula nanti barulah rekaan tersebut akan direalisasikan ke atas kain...

Selepas jubah lelaki, Asyu dan suami akan membuat pula jubah bagi pasangan lelaki dan perempuan...
Katanya, sekarang ini ramai pasangan suami isteri yang suka memakai jubah sedondon apabila tiba hari raya atau menghadiri majlis...
Menurut Asyu, koleksi jubah lelaki yang dinamakan Qhalifah ini akan dijual secara dalam talian dahulu dan setelah mendapat pasaran, barulah

|| Ketip Sebelum Baca ||

Popular Posts

Design by araba-cı | Tentang Artis Template by GosuBlogger | Distributed by : Solid Blogger