"Kenapa Saya Tak Boleh Berhijrah? Saya Bukan Sempurna Macam Semua Pak Ustaz Dalam FB Yang Confirm Syurga"
#PETALING JAYA: Pelakon Syatilla Melvin menjelaskan keputusannya bertudung sejak dua minggu lalu bukan kerana sudah mempunyai perancangan untuk berumah tangga...
--------------------------
--------------------------
#Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 24, sebaliknya berkata, penghijrahan itu atas kehendak diri sendiri selepas merasakan sudah sampai masanya berubah menjadi muslimah lebih sempurna...
#"Saya tahu orang akan bertanya dan menganggap keputusan bertudung ini kerana ada perancangan untuk berkahwin, namun saya jelaskan di sini ia bukan sebab itu...
--------------------
--------------------
#"Ia bukan atas desakan mana-mana pihak, niat itu datang dari hati saya ketika berada di kampung dua minggu lalu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat...
#Dalam pada itu, Syatilla yang dikaitkan bercinta dengan Shaheizy Sam berkata, pelakon lelaki itu turut mengetahui tentang hal tersebut...
#"Sam sudah tentulah tahu sebab saya sudah muat naik gambar di Instagram, dia okey sahaja...
#"Tentang memasuki alam rumah tangga, saya memang sudah bersedia, namun jodoh sahaja belum sampai, saya masih berdoa dipercepatkan jodoh," ujarnya...
------------------
------------------
#Syatilla percaya ada rezeki yang sudah ditentukan Allah selepas berhijab...
*********************
Sementara itu, ditanya lanjut tentang penghijrahan tersebut, Syatilla berkata, perkara itu terjadi ketika melihat dirinya di hadapan cermin...
Kata Syatilla, dia berasa dirinya mempunyai kekurangan dan tidak sempurna berbanding adik-adiknya yang kesemuanya sudah bertudung...
#"Saya melihat diri saya di hadapan cermin dan ketika itu saya fikir seperti ada kekurangannya dan bila adik-adik saya masuk ke dalam bilik, saya lihat penampilan mereka sempurna dengan bertudung...
#"Sejak itu saya mengambil tudung dan terus memakainya hingga hari ini, memang ketika itu ahli keluarga lain terperanjat dengan perubahan saya secara tiba-tiba itu," ujarnya...
#Sementara itu, bercakap tentang kerjaya, Syatilla berkata, dia mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran drama yang menginginkan penampilan lamanya...
#Bagaimanapun, dia tidak bersedih dengan perkara itu kerana percaya dan yakin terhadap rezeki yang sudah ditentukan Allah kepadanya...
#"Saya sedar bila bertudung lebih membataskan watak dalam drama, namun saya percaya pada rezeki daripada Allah, jika tidak di bidang lakonan mungkin ada pada sumber yang lain," ujarnya...

