Dia Dekat, Tapi Jauh~ Komen Fazura Ditanya tentang Jodoh


Dia Dekat, Tapi Jauh~ Komen Fazura Ditanya tentang Jodoh


#Saat Shaheizy Sam mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan Syatilla Melvin, ramai yang ingin tahu komen Nur Fazura mengenai berita tersebut. Reaksi Fazura agak positif dan mendoakan pasangan itu bahagia sehingga ke akhir hayat.


--------
---------------

----------

#Mengenai Fazura yang sehingga kini masih kekal solo, wanita yang hangat dengan isu KimK  itu berkata beliau boleh “rasa” bahawa jodohnya sudah dekat meskipun sibuk dengan kerjayanya.

#Setakat ini calonnya belum ada lagi.  Tak ada ruang untuk menjalinkan hubungan kerana terlalu sibuk dengan kerja.  Tapi jodoh dah dekat, tak tahu siapa dan bila cuma saya dah boleh ‘rasa’.

*********
*************

#Dilihat sebagai seorang wanita yang agak “workoholic” baik dalam bidang lakonan mahupun perniagaan, Fazura bagaimanapun sanggup berhenti berlakon  dan hanya meneruskan dengan   perniagaan beliau selepas berkahwin kerana ingin memberikan seratus peratus tumpuan pada keluarga beliau yang akan dibina kelak.


Buat masa ini saya memang fokus pada kerja.  Kerja, kerja, dan kerja.  Bila dah puas kerja, insyaAllah selepas berkahwin saya mahu berhenti berlakon.  Tak mahu berlakon lagi. Saya mahu tumpukan kepada perniagaan dan mungkin kerja-kerja belakang tabir sahaja.

#Tidak apalah Fazura, janganlah terus mengenangkan kisah cinta yang tidak kesampaian. InshaAllah, selepas ini mungkin anda akan bertemu dengan jejaka yang tepat dengan anda dan bahagia bersama.
Sumber Berita: Media Hiburan

|| Ketip Sebelum Baca ||

Popular Posts

Design by araba-cı | Tentang Artis Template by GosuBlogger | Distributed by : Solid Blogger